Sunday 23 October 2016

NOTA BAHASA ARAB - TAHUN 2

NOTA BAHASA ARAB - TAHUN 2



RUJUKAN BUKU TEKS BAHASA ARAB JAWI .


هذا ini
هذه ini 
Dua- dua ni bermaksud sama cuma penggunaan berbeza ..  
haza di gunakan untuk menunjukkan lelaki
hazihi digunakan untuk menunjukkan perempuan. 
تلك - itu
 ذلك - itu

Zalika dan tilka juga sama maksudnya tetapi berbeza penggunaan.

Zalika di gunakan untuk lelaki 

Tilka untuk perempuan.


 (هذا ,هذه ,ذلك ,تلك )  

bukan digunakan untuk manusia sahaja ..

ianya juga boleh digunakan untuk semua benda .


kalau nk kenal penggunaan bagi anggota badan plak ..
setiap yang ada sepasang dianggap sebagai perempuan dan setiap yang cuma satu  di anggap lelaki .. 


هذه عين   - ini mata
تلك عين -  itu mata 

هذا فم - Ini mulut
ذلك فم - Itu mulut

hazihi uzunun  - ini telinga
tilka uzunun - itu telinga






 

  
هذا ,هذه, ذلك ,تلك

Digunakan pada semua benda yang bernama kata nama......seperti nama orang , negeri ,benda hidup ,benda mati dan lain-lain yang bukan menunjukkan perbuatan atau perlakuan .

Di antara cara untuk kenal perkataan itu yang dianggap lelaki atau perempuan ialah pada akhirnya ada ta marbutah @ ta bulat.


kalau yg akhirnya ada ta marbutah - gunalah hazihi @ tilka.
 



 




saya bukan ustazah , cuma pernah belajar bahasa arab dulu2lah dan dah ingat2 lupa.. sekarang tgh try ingat balik untuk ajar anak dengan berpandukan buku bahasa arab budak darjah 2 hehe ...
                                                                                                                                                   

No comments: